Mar
09/10
INFO: TAHUKAH ANDA…?
Last Updated on Wednesday, 10 March 2010 06:37
Written by hafidz
Tuesday, 9 March 2010 11:31

1) HEPATITIS

- Penyakit hepatitis boleh diubati dengan menggunakan buah timun kerana ia mengandungi ‘kukurbitasin c’. Kandungan bahan ini juga dapat meningkatkan system kekebalan tubuh.

2) OTAK BAWAH SEDAR

- Menurut satu kajian tentang otak dibawah sedar; kegelisahan, kekhuatiran, pemarah serta ketakutan dapat menghalang fungsi kekebalan tubuh.

3) TIDUR

- Tidur nyenyak dapat menurunkan suhu dan memulihkan energi. Selain daripada itu ianya merangsang terbentuknya senyawa protein – karbohidrat yang dikenali sebagai interleukin yang dapat mengatur kekebalan dan membunuh sel tumor.

4) KAEDAH HYPERTERMIA

- Adalah satu kaedah merendam kaki di dalam air panas dengan suhu 38.5?c – 42?c selama 20 minit bagi tujuan menstimulatekan perjalanan darah. Ianya dilakukan 15 kali dalam masa 3 minggu didapati baik bagi penyakit yang berpunca daripada virus. Kaedah ini dikenali sebagai hipertermia.

5) KOPI

- Mengandungi polifinol yang dapat mencegah kanser usus dan menurunkan asid hempedu. Dimana asid hempedu ini dapat meninggikan zat-zat karsinogenik. Disamping itu ia dapat mencegah batu ginjal.

- Menurut Joanne E Manson MD. daripada Harvard Medical School menyatakan pengambilan kopi dari 3 hingga 4 cawan kecil sehari dapat membantu penderita pesakit kencing manis peringkat kedua (type 2). Ini kerana kopi mengandungi magnesium dan kandungan antioksidan yang tinggi. Ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit Kanser, Arthritis dan Parkinson.



Leave a Reply