Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:
- Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
- Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
- Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
- Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
- Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
- Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
- Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati.
Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan strutur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kukunya.
Lekuk pada kuku
lekuk menegak pada kuku
Sesetengah orang mempunyai ‘’lekuk’’ atau garisan-garis menegak atau melintang di atas kukunya. Perkara ini mungkin biasa tetapi dalam sesetengah kes, perihal ini juga mungkin menandakan bahawa seseorang itu tidak cukup sihat atau sedang menjalani sesi perubatan. Berikut merupakan beberapa gejala lekuk di atas kuku:-
- ’’‘lekuk menegak’’’ – mungkin disebabkan oleh pengaruh genetik atau kecedaraan yang kekal pada kawasan di mana kuku itu terbentuk. Ia menandakan masalah kekurangan zat besi atau kalsium, kelemahan menyerap vitamin dan nutrient, artritis dan mungkin juga menunjukkan penyakit yang sangat teruk seperti masalah buah pinggang. Walau bagaimanapun, lekuk menegak yang kecil adalah sesuatu yang agak biasa, dan menjadi lebih biasa apabila usia seseorang meningkat.
- ‘’’lekuk melintang’’’ – gejala ini mungkin disebabkan oleh trauma pada kawasan di bawah kutikel pada pangkal kuku. Kawasan ini merupakan tempat di mana kuku mula-mula dibentuk, dan jika kawasan ini mengalami gangguan yang teruk, lekuk melintang boleh terbentuk. Lekuk ini juga mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang teruk(mereka yang mengalami keadaan ini dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut) atau stress.
Penggunaan kertas emeri untuk melicinkan kuku tidaklah ditegah tetapi perlulah berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kuku menjadi terlalu nipis.

Leave a Reply